<< Assalamualaikum, Selamat Berkunjung Ke Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang >> << Semoga anda beroleh sesuatu dari laman ini, InsyaAllah >>

short page

Monday 23 May 2016

AMBANG RAMADHAN DI SAMBUT DENGAN 
MERIAH
Pada tanggal 21 Mei 2016 bersamaan 14 syaaban 1437, seramai lingkungan 400 orang jamaah qoriah Masjid Sungai gulang-gulang dan kawasan sekitarnya telah memeriahkan program ambang Ramadhan. Jam 08.30 pagi, Masjid Sungai Gulang-Gulang berkumandang bacaan hafazan  13 juzuk Al-Quran yang di ketuai oleh imam 1 iaitu Ustaz Mohd Hamidi Bin Asnam dan di diwakili oleh pelajar terpilih daripada Maahad Tahfiz Ulumul Huda dan Ad-Diniah. Bacaan 13 juzuk ini di khatamkan pada pukul 05.30 petang. Program terus disambung dengan bacaan kiriman tahlil arwah khususnya kepada orang-orang yang telah banyak berjasa meneruskan usaha membangunkan Masjid sungai gulang-gulang dan segala nama yang di wakilkan. Seterusnya , program Tahlil akbar dilengkapkan dengan jamuan selepas solat isyak . Kami sempat memetik kata-kata nazir Masjid Sungai Gulang-Gulang pada penghujungnya'' Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para hadiran sekalian kerana sama-sama menjayakan program pada malam ini, seterusnya mencatatkan peningkatan dalam 

jumlah penyertaan."  Akhirnya, pihak Masjid Sunagi Gulang-Gulang berharap program ini dapat mencari Rahmat Ilahi di samping memupuk kesedaran pentingnya Al-Quran dalam kalangan penduduk setempat. *Al-Quran Itu Diturunkan Untuk Rahmat Bagi Sekalian Alam*






No comments:

Post a Comment