<< Assalamualaikum, Selamat Berkunjung Ke Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang >> << Semoga anda beroleh sesuatu dari laman ini, InsyaAllah >>

short page

Wednesday 20 July 2011

Sistem Maklumat Faraid

Sistem Maklumat Faraid  (SMF)
Sistem Maklumat Faraid (SMF) adalah berasaskan web yang merupakan versi tambahan kepada Sistem Maklumat Faraid berasaskan windows yang sedia ada. Ia dihasilkan atas permintaan orang ramai yang berminat dengan SMF ini. Bagaimanapun versi ini mempunyai ciri-ciri yang agak terhad berbanding sistem berasaskan windows.


Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

masukkan data


contoh hasil kiraan 


SMF memberi kemudahan dan panduan umum kepada  waris si mati untuk membuat pembahagian harta yang ditinggalkan. Walau bagaimanapun adalah lebih afdal bertemu dengan mereka yang ahli dalam pembahagian harta. 

Untuk pembaca laman blog ini  SMF boleh di klik pada side bar (pautan jabatan), atau klik di sini. Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment