<< Assalamualaikum, Selamat Berkunjung Ke Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang >> << Semoga anda beroleh sesuatu dari laman ini, InsyaAllah >>

short page

Saturday 27 August 2011

Kuliah Subuh An Nisa (97-101)

Tasfsir Al Quran : An Nisa (97-101)



Ust Murad Osman | Kuliah Subuh | An Nisa ayat 97-101 | 6.95MB |  Download mp3 

Sunday 21 August 2011

Ramah Mesra Ummul Qiram

Penyampaian Sumbangan Hari Raya
150 orang ibu tunggal dari Kampong Sungai Gulang-Gulang telah diraikan dalam satu majlis Ramah Mesra Ummul Qiram anjuran bersama JKKK Sg Gulang-Gulang dan JKM Sg Gulang-Gulang.
Antara program menarik yang telah disediakan selepas pendaftaran ialah mendirikan Solat Tasbih dibawah pimpinan Ust Mohd Rosdi bin Husain. Seterusnya menyusul pula slot tazkirah juga telah disampaikan oleh Ust Mohd Rosdi Husain hingga ke pukul 10.30 pagi.
ucapan Ketua Kampong Sg Gulang-Glang : Tn. Hj. Maskuri
ucapan Pengarah PKM  DUN permatang
ucapan perasmian: YB Nuru Izzah

Acara kemuncak pada pagi itu adalah ucapan perasmian dan penyampaian sumbangan hari raya yang telah disempurnakan oleh YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)
ust Rosdi  ... terima kasih daun keladi

klik pada gambar untuk imej yang lebih besar


YB Nurul Izzah menyampaikan sumbangan...

Sebelum bersurai ibu-ibu tunggal telah diberikah sekampit beras yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Yahya Mat Shahri (Pengarah PKM DUN Permatang)
Tn Hj.Yahya sedang mengagihkan beras ..

Tazkirah Subuh Ramadhan

Kuliah Subuh Ramadhan


Tazkirah Subuh Ramadhan  |  Ust Supian Unisel  |  5.92 MB

Saturday 20 August 2011

Tafsir Surah An Nisa (ayat 94-96)

Kuliah Subuh Tafsir Al-Quran



Ust Murad Osman | Kuliah Subuh | An Nisa (94 - 96) | 8.20MB


Wednesday 17 August 2011

Tabung Anak Yatim

Slide Sumbangan Tabung Anak Yatim

Penyampaian Sumbangan Anak Yatim
Antara acara tahunan  JKM Sg Gulang Gulang dalam rangka untuk menggembirakan hati anak-anak yatim di bulan yang penuh barokah ini adalah penyampaian bantuan sempena Eidul Fitri 1432H.
Majlis bermula pada pukul 5.30 petang dengan taklimat ringkas oleh Tuan Setiausaha Masjid : Tn Hj Kamarudin Kemis.  Sejumlah 39 anak yatim dengan ditemani oleh waris hadir pada majlis tersebut.
mendengar taklimat daripada  Setiausaha Masjid

tazkirah .... Ust Supian .... Unisel

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, penjaga, waris serta anak-anak yatim dan JKM telah dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ust Supian dari Unisel. Tazkirah berakhir sekitar jam 7.00 petang.
antara penerima sumbangan

Majlis penyampaian sumbangan Tabung Anak Yatim telah disempurnakan oleh Ketua Kampong Sg Gulang Gulang Tn. Hj. Maskuri bin Hj. Mardzuki. Majlis petang itu diakhiri dengan majlis berbuka puasa serta solat maghrib berjemaah.
berbuka di masjid ...

Sunday 14 August 2011

Kuliah Subuh Ramadhan

Ust Mohd Rosdi Husain : Kuliah Subuh 



Ust Mohd Rosdi Husain | Kuliah Subuh Ramadhan | 5.26MB

Saturday 13 August 2011

Kuliah Subuh Tafsir Al-Quran

Kuliah Subuh : Ust Murad Osman



Ust Murad Osman | Kuliah Subuh - An Nisa (ayat : 88) | 10.02MB

Friday 12 August 2011

Fasa Kedua Ramadhan

Ramadahan Pertengahannya Pengampunan



Tanpa kita sedari Ramadhan begitu pantas bergerak, kini kita masuk fasa kedua bulan Ramadhan  .Di dalam fasa ini kita digalakkan dan dianjurkan untuk memperbanyakkan  membaca doa " Ya Alah, ampuni dosaku, dosa anak isteriku, dosa kedua orang ibubapaku, dosa guru-guruku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku ... wahai Rabb seru sekelian alam". Mudah-mudahan Allah ampunkan segala dosa kita. Amin.


Monday 8 August 2011

Tazkirah 2 Ramadhan

Ust Mohd Rosdi Husain | Tazkirah Ramadhan



Ust Mohd Rosdi Husain | Tazkirah Ramadhan | Masjid Sg GG | 3.28MB

Sunday 7 August 2011

Kuliah Subuh Ramadhan

Kuliah Subuh Ramadhan



Ust Supian | Kuliah Subuh Ramadhan | Masjid Sg GG | 5.26MB |

Saturday 6 August 2011

Tafsir Surah An Nisa (ayat: 80)

Kuliah Subuh : Tafsir Al-Quran



Ust Murad Osman | Kuliah Suboh : An-Nisa ayat 80 | Masjid Sg GG | 10.51MB
6 Ramadhan 1432H |  Download mp3 

Friday 5 August 2011

Tazkirah 1 Ramadhan

Ust Sidik Kamil  | Tazkirah Ramadhan



Ust Kamil Sidik | Tazkirah Ramadhan |  3.71 MB | Masjid Sg GG

Wednesday 3 August 2011

Mari kita imbas kembali

Doa 10 hari pertama Ramadhan

Doa bukan meminta, doa bukan untuk mengingatkan Allah. Doa dibaca, doa dipanjatkan ke hadrat Allah semata-mata sebagai  tanda kita hamba tersangat amat memerlukanNya. Dialah tempat kita bergantong harapan, tempat mengadu, tempat mencurah segala masalah tempat segala-galanya.“Doa adalah Ibadah” / Hakikat doa, menampakkan kefakiran kepada Allah, pengakuan hamba terhadap kemuliaan Allah..

Hadiah pada siapa yang mahu ...

Ust Tm Fouzy : Hadiah kepada siapa yang mahu



Ust TM Fouzy | Ramadhan Hadiah Keoada Siapa yang Mahu
5.3 MB Download mp3 

Tuesday 2 August 2011

Apa Kahabar Puasaku?


Apa khabar puasaku? Merah atau Hijau

Salam untuk semua, hari ini hari kedua umat islam berpuasa  dalam  bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Admin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "selamat berpuasa" kepada pengunjung blog ini. Admin  mendoakan agar kita semua memper oleh Ramadhan yang terbaik pada tahun ini. Amin.

Lumrahnya kita manusia mahukan sesuatu yang lengkap, cukup, baik, tidak cacat dan cantik atau dengan bahasa mudahnya dipanggil sempurna.  Pembaca mungkin bersetuju dengan saya dalam kes membeli baju contohnya. Baju yang koyak, jahitan tidak rapi dan nilai yang kita anggap tidak sempurna tentu kita akan tolak tepi dari senarai pilihan. Begitu juga jika surirumah kepasar untuk membeli ikan, pilihan pertama tentu mencari ikan yang segar "fresh" insang yang merah jika boleh yang masih hidup- tidak pada ikan yang mempunyai sifat-sitat berikut - bermata merah, daging yang tidak pejal, kepala ikan yang telah digigit sesuatu dan seterusnya.

Sebagai pengguna atau peniaga sudah tentu sudah tentu faktor untung dan rugi menjadi perkiraan utama. Pilihan ditangan kita mau untung atau rugi. Kita telah diberitahu mana jalan yang membawa keuntungan atau sebaliknya. Jika begitu sebelum bertindak atau melalukan sesuatu tanyalah pada diri kita untung ruginya.

Bagaimana pula dengan puasa yang kita lakukan selama hidup ini. Pernahkah kita bertanya bagaimana? apa khabar puasa kita yang lepas-lepas apakah ia telah melepasi dan menepati ciri-ciri puasa yang dianggap sempurna? atau hanya dapat lapar dan dahaga? Hanya kita yang mampu menjawabnya. Sempena dengan kedatangan bulan Ramadahan Al Bubarak ini marilah kita panjatkan doa semoga Allah memberikan kekuatan, melorongkan, membimbing kita kearah ciri-ciri puasa yang sempurna zahir dan batin. InsyaAllah jika kita pilih, jaga dan mepati ciri-ciri di awal di tengah dan di akhirnya Allah kurniakan kesempurnaan atau hampir sempurna pada apa yang kita lakukan. 


Doa Sepanjang Ramadhan




Bulan Ramadhan bulan keberkatan, saat paling mustajab untuk memanjatkan doa dan permohonan kepada Allah  Rabb seru sekelian alam.  Ambil peluang yang datang setahun sekali.