<< Assalamualaikum, Selamat Berkunjung Ke Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang >> << Semoga anda beroleh sesuatu dari laman ini, InsyaAllah >>

short page

Saturday 21 May 2011

Solat Sunat

Solat Sunat Dhuha, Solat Taubat & Solat Istiharah



| Ust Dzulhasnan Parman | Mustika Hadis | Solat-solat Sunat |
| 6.43MB | Masjid Sg Gulang Gulang | 17 J'akhir 1432 | Download mp3 |

dari Allah kita datang

INALILLAHI WAINAILAIHI ROJIUN
Hari ini 21 Mei 2011 bersamaan 17 J'akhir 1432H Cikgu Rosdi Ismail telah menghembuskan nafas terakhir di HKL setelah menerima rawatan hampir seminggu kerana terlibat dengan kemalangan pada minggu lepas. Arwah adalah menantu kepada Tn Hj. Chamsari Kasman imam Masjid Sg. Gulang Gulang. Pegawai dan AJK  Masjid Sg Gulang Gulang merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga semuga ahli keluaga diberi kekuatan, kesabaran dan redho dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.
Kepada  saudara mara dan rakan taulan marilah kita hadiahkan Al-Fatehah kepada arwah semuga arwah ditempatkan bersama orang orang yang soleh. Amin.




Pada sebelah malam keluarga arwah telah mengadakan majlis tahlil selama tiga malam selepas solat isyak. Apa yang menarik  mungkin ini kali pertama diadakan di Kampong Sg Gulang-Gulang  "Tazkirah ringkas" sebelum bermulanya majlis tahlil untuk arwah. Pada pendapat admin ini merupakan kesempatan yang terbaik untuk mengingatkan diri sendiri dan renungan  juga muhasabah kepada kita yang masih hidup bahawa kehidupan itu adalah perjalan kepada sebuah kematian.  


Memetik kata-kata dari Dr Hamka " kematian adalah permulaan kepada hidup yang sebenar" Seterusnya Nabi SAW berpesan " Orang yang cerdik adalah orang yang selalu mengingat kepada mati dan membuat persediaan dengan mencari bekal mengerjakan amal soleh yang sebanyak-banyaknya".


Mudah-mudahan "Tazkirah ringkas" sebelum majlis tahlil untuk arwah  yang telah dirintis oleh Tuan Imam Hj Chamsari Kasman  menjadi ikutan dan akhirnya menjadi tradisi di Kg Sg Gulang-Gulang, menjadi satu media / strategi untuk melembutkan hati kita yang masih keras yang mengingatkan kita hanya pengembara sebelum kembali ke perkampungan akhirat. Mungkin inilah hikmah yang ingin disampaikan kepada penduduk kampung Sg. Gulang Gulang diatas kepergian menantu Tn. Hj Chamsari - Allahyarham Cikgu Rosdi Ismail.


Wallahuaklam.


Tuesday 10 May 2011

Mengingat Maut

Kuliah Penawar Bagi Hati

| Ust Razali Abdulah Sani | Penawar Bagi Hati | Mengingat Maut |

| 6.26MB | Masjid SGG | 6 J'akhir 1432H | Download mp3 | 

Solat Tahajud

Kuliah Mustika Hadis

| Ust. DzulHasnan Parman | Mustika Hadis | Solat Tahajud | 6.77MB |
| Masjid SGG | 3 J'akhir 1432H | Download mp3 |
haraf maaf mutu audio kurang jelas, untuk muat turun sila klik pada download mp3

Wednesday 4 May 2011

Sambutan Hari ibu asal usulnya

Kepada umat islam yang menyambut hari ibu dan bapa 

Salam kepada saudara pembaca yang budiman ini hasil carian menerusi pembacaan di internet yang saya rasa perlu disebarkan kepada umat islam mengenai dua sambutan yang telah seakan diterima sebagai sesuatu yang berasal dari islam

Kepada mereka yang berhujah membolehkan sambutan hari ibu dan bapa. Memang secara logiknya amat baik kerana mengingat jasa-jasa insan bernama ibu dan nampak bersesuaian dengan islam. Ingatlah saudara pada sebarang tindakan bila sesuatu itu (baik dari logik akal dan budaya) berhadapan dengan syarak, maka kita kena patuh dan tunduk pada syarak. Tiada sambutan hari ibu /bapa yang diajarkan oleh Junjungan kita Nabi Besar Muhammad SAW.

Sila renungkan perenggan yang berikut dan buatlah penilaian sendiri… semuga Allah memberi perlindungan kepada kita semua. Ada beberapa versi sambutan hari ibu - ada yang menyambut pada bulan Mac, Mei dan Disember. Sebahagian besar masyarakat dunia menyambut hari ibu termasuk negara kita pada bulan Mei.

Ini cerita disebalik tarikh sambutan hari ibu…

Hari Ibu versi kini yang diraikan pada setiap Ahad kedua bulan Mei ialah hasil kempen Anna M Jarvis dari Philadelphia pada 1907 supaya Hari Ibu menjadi sambutan nasional sempena ulang tahun kematian ibunya. Inspirasinya timbul dari mendiang ibunya, aktivis yang pernah mengadakan perhimpunan Mothers Friendship Day untuk mempersatukan pihak-pihak yang bermusuhan selepas Perang Saudara (Civil War) di bawah simbol ibu.

Sambutan Hari Bapa pada setiap Ahad ketiga bulan Jun pula ialah hasil kempen Sonora Smart Dodd dari Washington pada 1909 sempena ulang tahun kematian bapanya. Idea untuk menyambut Hari Bapa timbul semasa menyambut Hari Ibu apabila memperingati jasa bapanya membesarkan anak-anak sebagai duda.

Di sini jelaslah bahawa kebudayaan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa dicedok dari pandangan hidup yang 180 darjah berpaling daripada Islam. Ukuran ikutan umat ketika ini berdasarkan kepada sekeliling dan logik akal yang telah ditanamkan oleh kaum penjajah yang tidak mahu melihat Islam bangkit semula. Umat ditidurkan dengan ubat bius (kebudayaan kuffar) yang terang lagi bersuluh diambil dan dialih bahasakan kepada kebudayaan Islam.

Sama-sama kita renungkan.