<< Assalamualaikum, Selamat Berkunjung Ke Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang >> << Semoga anda beroleh sesuatu dari laman ini, InsyaAllah >>

short page

Saturday 30 July 2011

Kuliah Maghrib Pra Ramadhan

Slide : Pra Ramadhan


Kuliah Maghrib Dr Zahazan Mohammad



Dr Zahazan Mohammad | Kuliah Maghrib | Pra ramadhan | Masjid Lama Sg Gulang Gulang |
| 9.88 MB | 26 Sya'ban 1432H | Download mp3 
selalu di kaca tv ....  kini didepan mata

bertuah dpt mendengar kuliah dari Dr Zahazan

Dr ... ini style jawa, makan dlm dulang

muslimat makan di bhg belakang dewan .... tak cukup tempat
untuk  peminat wanita Dr zahazan



Friday 29 July 2011

Tahlil Akbar 2011

Slide : Tahlil Akbar Masjid Sg Gulang Gulang




Sabda Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud :
"Tidak berkumpul suatu kaum di salah satu rumah daripada rumah-rumah Allah lalu membaca Al-Quran dan membaca kepada satu dengan yang lain melainkan diturunkan sakinah keatas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah SWT menyebut-nyebut nama mereka di perkumpulan malaikat"  (H.R. Muslim dan Abu Daud)

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Khamis 28 Julai 2011 bersamaan 26 Sya'ban 1432H:  Program Tahlil Akbar musim ke 2 yang dianjurkan bersama oleh JKKK dan JK Masjid  Kampong Sungai Gulang Gulang berlangsung dengan jayanya.  Antara lain tujuan program ini diadakan ialah untuk mengirim bacaan tahlil dan doa untuk arwah-arwah yang telah lebih dahulu meninggalkan kita sempena kedatangan bulan mulia Ramadhan Al Mubarak. Hasil dana yang diperolehi dari penganjuran program ini akan digunakan sepenuhnya untuk program Pengimarahan Masjid. Sambutan dan respon  dari ahli kariah pada program  kali ini amat menggalakkan di mana sehingga saat akhir (petang khamis)  urusetia  masih  menerima borang penyertaan  serta sumbangan dana dari peserta program.


tradisi rewang masih kekal ...
Sila klik pada foto untuk imej yang lebih besar


seekor  rusa dan dua ekor kambing disediakan menanti  jemaah


Sambutan Tahlil Akbar bermula dengan penyediaan makanan oleh JKKK dan JKM istilah di sini lebih dikenali sebagai  "rewang" Itulah semangat ukhwah tradisi lama yang ditinggalkan oleh generasi embah-embah kita - khusus di dalam komuniti jawa. Seekor lembu dan dua ekor kambing menanti jemaah untuk jamuan selepas program Tahlil akhbar.
majlis tahlil didimpin oleh Tn Imam 1 dan Imam 3

antara muslimin ...  yang hadir

Program Tahlil Akbar dimulakan selepas solat maghrib berjemaah. Bacaan tahlil dipimpin oleh Tuan Imam 1: Ustaz Mohd  Hamidi bin Asnam Al-hafiz dan Tuan Imam 3: Tn. Hj. Masri bin Ismail. Istimewa program tahlil pada ini nama-nama arwah dipancarkan terus pada layar lcd untuk tatapan jemaah yang hadir. 

Aturcara Majlis
7.30  malam - Solat Maghrib berjemaah
8.00  malam - Bacaan Tahlil
9.15  malam - Ucapan alu-aluan Tn. Nazir Masjid
                    - Ucapan Ketua Kampug
                    - Penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri untuk bulan Ramadhan
                    - Tayangan Multimedia : Blog Masjid
                    - Solat Isyak 
                    - Jamuan dan bersurai

Tuan Nazir Masjid selaku pengerusi majlis merakamkan ucapan  "Jazakallah Khairan Khatira" kepada JKK dan JKM, Semua penyumbang, orang peseorangan dan  tidak ketinggalan "krew rewang" atas sumbangan dana, tenaga dan masa di dalam menjayakan program kali ini.

Video Tahlil Akbar akan diterbitkan kemudian : Admin MSgGG

Wednesday 27 July 2011

Hukum Menyanyi

Ust Kazim Elias


Segala paparan dalam video ini bukanlah untuk menyindir dan menyinggung mana-mana pihak, tetapi adalah sebagai tazkirah, peringatan, nasihat, ilmu, iman dan peningkatan amalan dalam kehidupan seharian untuk mencari redho Ilahi - Admin MSgGG.
Kepada pengunjung laman blog ini boleh memuat turun video di atas dengan menggunakan Youtube Downloader. YTD boleh di download dari internet atau di sini. Selepas diinstall di komputer buka YTD copy paste URL Video dan download. Semuga berjaya.

Monday 25 July 2011

Logo Masjid

Logo Masjid Sungai Gulang Gulang
JK Masjid Sg Gulang Gulang telah bersetuju untuk menjadikan logo ini sebagai logo rasmi masjid dan akan digunakan dalam setiap urusan rasmi.

Masjid Sungai Gulang Gulang
Tanjong Karang Selangor Darul Ehsan

contoh header surat


Friday 22 July 2011

Kuliah Pra-Ramadhan

Dr. Zahazan Mohamed : Kuliah Maghrib
Ahli kariah dan orang ramai dijemput hadir ke kuliah Magrib Jemputan di Masjid Lama Sg. Gulang Gulang. Pada kali ini  Jawatan Kuasa Masjid Lama telah menjemput tokoh akademik yang dikenali ramai  iaitu Dr Ust Zahazan Mohamed dari UIAM.


Majlis dijangka diadakan pada hari sabtu malam ahad 30 Juai 2011 - Selepas solat maghrib. Marilah kita datang beramai-ramai sebagai pemanas badan - santapan bagi hati, motivasi diri sempena kedatangan bulan yang penuh berkat ramadhan al mubarak.

Thursday 21 July 2011

Perkiraan Faraid E-Syariah

Perkiraan Faraid e-Syariah
Satu lagi sistem faraid yang telah dibangunkan di Malaysia selain Sistem Maklumat Faraid (SMF) ialah terbitan E-Syariah. Menurut laman web e-Syariah SEGALA MAKLUMAT DAN PENGIRAAN FARAID YANG TERKANDUNG DI DALAM PORTAL INI YANG BERKAITAN DENGAN FARAID TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DI DALAM MAHKAMAH SYARIAH . IA HANYA SEBAGAI MAKLUMAT ILMIAH SAHAJA.




Walau bagaimanapun sistem ini boleh digunakan sebagai panduan umum untuk menentukan kadar pembahagian faraid sebelum merujuk kepda mereka yang ahli di bidang ini. 





Portal rasmi E-Syariah boleh dilayari dari pautan pada side bar atau klik "disini". Semoga bermanfaat - selamat mencuba.

contoh hasil kiraan : klik untuk imej yang lebih jelas

Wednesday 20 July 2011

Sistem Maklumat Faraid

Sistem Maklumat Faraid  (SMF)
Sistem Maklumat Faraid (SMF) adalah berasaskan web yang merupakan versi tambahan kepada Sistem Maklumat Faraid berasaskan windows yang sedia ada. Ia dihasilkan atas permintaan orang ramai yang berminat dengan SMF ini. Bagaimanapun versi ini mempunyai ciri-ciri yang agak terhad berbanding sistem berasaskan windows.


Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

masukkan data


contoh hasil kiraan 


SMF memberi kemudahan dan panduan umum kepada  waris si mati untuk membuat pembahagian harta yang ditinggalkan. Walau bagaimanapun adalah lebih afdal bertemu dengan mereka yang ahli dalam pembahagian harta. 

Untuk pembaca laman blog ini  SMF boleh di klik pada side bar (pautan jabatan), atau klik di sini. Semoga bermanfaat

Tuesday 19 July 2011

Soal Jawab Puasa

100 Pertanyaan Puasa



Ust Zulkefli Md Yatim | Kuliah Maghrib | Soal Jawab Puasa | Masjid Sg Gulang Gulang |
| 6.20 MB | 17 Sya'ban 1432H | Download mp3 





Saturday 16 July 2011

Solat-Solat Sunat

Kuliah Maghrib : Mustika Hadis



Ust. Zulhasnan Parman | Kuliah Maghrib - Solat-solat Sunat |
| Masjid Sg Gulang Gulang  | 14 Sya'ban | 9.14MB  |  Download mp3

Wednesday 13 July 2011

Berinteraksi dengan Al-Quran

Dr Daniel Zainal Abidin : Berinteraksi dengan Al Quran

Dengarkan ceramah  yang menarik in, kupasan Dr Danial dari pespektif yang jarang-jarang disentuh mudah-mudahan kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah swt. 


Dr Danial Zainal Abidin | Masjid Ghufran Singapura | Download mp3 

Tuesday 12 July 2011

Penawar bagi Hati

Kuliah Maghrib : Israk dan Mikraj

Kuliah Maghrib | Ust Razali Abdullah Sani | Israk dan Mikraj | Masjid Sg Gulang Gulang | 6.72MB | 10 Sya'ban 1432H | Download mp3 |

Thursday 7 July 2011

Keutamaan di Bulan Sya'ban

Keutamaan di Bulan Sya’ban

Sya’ban adalah istilah bahasa Arab yang berasal dari kata syi’ab yang artinya jalan di atas gunung. Islam kemudian memanfaatkan bulan Sya’ban sebagai waktu untuk menemukan banyak jalan, demi mencapai kebaikan.
Kerana bulan Sya’ban terletak di antara bulan Rajab dan bulan Ramadhan, kerana diapit oleh dua bulan mulia ini, maka Sya’ban seringkali dilupakan. Padahal semestinya tidaklah demikian. Dalam bulan Sya’ban terdapat berbagai keutamaan yang menyangkut peningkatan kualitas kehidupan umat Islam, baik sebagai individu maupun dalam lingkup kemasyarakatan.
Kerana letaknya yang mendekati bulan Ramadhan, bulan Sya’ban memiliki berbagai hal yang dapat memperkuat keimanan. Umat Islam dapat mulai mempersiapkan diri menjemput datangnya bulan termulia dengan penuh suka cita dan pengharapan anugerah dari Allah SWT kerana telah mulai merasakan suasana kemuliaan Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabda,
ذاكَ شهر تغفل الناس فِيه عنه ، بين رجب ورمضان ، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، وأحب أن يرفع عملي وأنا صائم — حديث صحيح رواه أبو داود النسائي

Bulan Sya’ban adalah bulan yang biasa dilupakan orang, kerana letaknya antara bulan Rejab dengan bulan Ramadhan. Bulan Sya’ban adalah bulan diangkatnya amal-amal. Kerananya, aku menginginkan pada saat diangkatnya amalku, aku dalam keadaan sedang berpuasa.” (HR Abu Dawud dan Nasa’i)
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan pengakuan Aisyah, bahwa Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa (sunnah) lebih banyak daripada ketika bulan Sya’ban. Periwayatan ini kemudian mendasari kemuliaan bulan Sya’ban di antar bulan Rejab dan Ramadhan.
Kerananya, pada bulan ini, umat Islam dianjurkan untuk memperbanyak berzikir dan meminta ampunan serta pertolongan dari Allah SWT. Pada bulan ini, sungguh Allah banyak sekali menurunkan kebaikan-kebaikan berupa syafaat  (pertolongan),  maghfirah (ampunan), dan itqun min adzabin naar (pembebasan dari siksaan api neraka).
Dari sinilah umat Islam, berusaha memuliakan bulan Sya’ban dengan mengadakan sedekah dan menjalin silaturrahim. Umat Islam di Nusantara biasanya menyambut keistimewaan bulan Sya’ban dengan mempererat silaturrahim melalui pengiriman oleh-oleh yang berupa makanan kepada para kerabat, sanak famili dan warga kerja mereka. Sehingga terciptalah tradisi saling mengirim bungkusan di antara umat Islam.
Kerana, di kalangan umat Islam Nusantara, bulan Sya’ban dinamakan sebagai bulan Ruwah, maka tradisi saling kirim l makanan ini dinamakan sebagai Ruwahan. Tradisi ini menyimbolkan persaudaraan dan mempererat ikatan silaturrahim kepada sesama Muslim.
  
Nisfu Sya’ban
Sya’ban adalah bulan kelapan dalam tahun Hijriyah. Keistimewaan bulan ini terletak pada pertengahannya yang biasanya disebut sebagai Nisfu Sya’ban. Secara harfiyah istilah Nisfu Sya’ban bererti hari atau malam pertengahan bulan Sya’ban atau tanggal 15 Sya’ban.
Kaum Muslimin meyakini bahwa pada malam ini, dua malaikat pencatat amalan keseharian manusia, yakni Raqib dan Atid, menyerahkan catatan amalan manusia kepada Allah SWT, dan pada malam itu pula buku catatan-catatan amal yang digunakan setiap tahun diganti dengan yang baru.
Imam Ghazali mengistilahkan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam yang penuh dengan syafaat (pertolongan). Menurut al-Ghazali, pada malam ke-13 bulan Sya’ban Allah SWT memberikan seperti tiga syafaat kepada hambanya. Sedangkan pada malam ke-14, seluruh syafaat itu diberikan secara penuh. Dengan demikian, pada malam ke-15, umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu tahun. Kerana pada malam ke-15 bulan Sya’ban inilah, catatan perbuatan manusia penghuni bumi akan dinaikkan ke hadapan Allah SWT.
Para ulama menyatakan bahwa Nisfu Sya’ban juga dinamakan sebagai malam pengampunan atau malam maghfirah, kerana pada malam itu Allah SWT menurunkan pengampunan kepada seluruh penduduk bumi, terutama kepada hamba-Nya yang soleh.
Dengan demikian, kita sebagai umat Islam semestinya tidak melupakan begitu saja, bahwa bulan sya’ban dalah bulan yang mulia. Sesungguhnya bulan Sya’ban merupakan bulan persiapan untuk memasuki bulan suci Ramadhan. Dari sini, umat Islam dapat mempersiapkan diri sebaik-baiknya dengan mempertebal keimanan dan memanjatkan doa dengan penuh kekhusyukan.
sumber : Syaifullah Amin
Pengurus Pusat Lajnah Ta’lif wan Nasyr  NU

Saturday 2 July 2011

Ceramah Israk dan Mikraj

Ceramah Israk Mikraj Dato' Abu Hassan Din Al Hafiz



| Israk Mikraj | Dato' Abu Hassan din Al Hafiz |  Masjid lama Sg Gulang Gulang |
| 2 Jul 2011 | 30 Rejab 1432H | 10.65MB | Download mp3 


Admin memohon maaf kerana ada gangguan audio semasa proses rakaman