<< Assalamualaikum, Selamat Berkunjung Ke Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang >> << Semoga anda beroleh sesuatu dari laman ini, InsyaAllah >>

short page

Saturday 30 April 2011

Al Kursi


AL KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap solat fardu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 solat fardu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir solat Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanl ah pesanku biarpun satu ayat..."
Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu

Friday 29 April 2011

Thursday 28 April 2011

Wednesday 27 April 2011

Al Hikam Jawa 2

Al Hikam Jawa
Penerangan ringkas siapa dia Sheikh Ibnu Athoillah As Sakandary penulis AL HIKAM yang kitabnya masih digunakan dan disyarahkan dibeberapa belahan dunia hingga sekarang .



| KH. Imron Jamil | Tasauf - Pengenalan 2 |
Download mp3 | 

Al Hikam Jawa

Al Hikam Jawa
Bismillah, kepada peminat dan penggemar Al Hikam di sini admin menghidangkan audio syarah Al hikam oleh seorang kiyai terkenal dari Jombang Jawa Barat. Beliau ialah Kiyai Hj. Imron bin Jamil. Istimewa syarah hikam ini disampaikan dalam bahasa jawa yang mungkin generasi kita jarang terjumpa dan menemuinya apa lagi mendengarnya. Selamat menikmatinya


| KH Imron Jamil | Tasauf - Pengenalan 1 | 10.22MB |

Ikut Trend Tapi Awas ...


Sanggol Bonggol Unta

gambar  patong hiasan
Salam, penulis berkesempatan menghadiri kuliah "Sirah Nabawi" antara lain penceramah telah menyentuh fesyen tudung kaum hawa masa kini yang tanpa disedari telah terpesong dari tuntutan menutup aurat wanita. "Tudung sepatutnya labuh dan menutupi bahagian dada, labuhnya dah ok tapi rambutnya menyerupai bonggol"
Mungkin kerana kurang pengetahuan ramai wanita muslim yang bertudung terikut-ikut memakai tudung seumpama "bonggol unta". Untuk pengetahuan pembaca penceramah telah menerangkan pemakaian tudung bonggol unta adalah menyerupai imej pelacur di zaman jahiliah. Dari itu kepada para suami, ibubapa, penjaga dan kaum hawa berhati-hatilah elakkan orang-orang dibawah jagaan kita memakai fesyen ini.

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dansanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Malik dan selain mereka. Hadith ini adalah hadith sahih.

Hanya Allah yang Maha mengetahui
sumber dari mencarikasihnya.blogspot.com

Tuesday 26 April 2011

Laman Blog

Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang


Laman blog Masjid Sg Gulang Gulang boleh dilayari dengan menggunakan alamat yang berikut :
  • masjidsggulanggulang.blogspot.com
  • atau taip masjidsggulanggulang  tanpa jarak atau space


Monday 25 April 2011

Sunday 24 April 2011

Zikir Malaikat ...


Zikir Malaikat Sepanjang Zaman

Zikir adalah cahaya akal, kehidupan jiwa, dan penerang hati” Dalam kitab tafsir Al-Khazin, Abdullah bin Abbas meriwayatkan hadis berikut, “Ketika Allah menciptakan ‘Arsy, Dia perintahkan kepada sejumlah malaikat untuk memikulnya. Kemudian, mereka merasakannya sebagai sebuah beban yang agak berat. Karena itu Allah berfirman kepada mereka, “Katakan Subhanallah.” Lalu, para malaikat mengucapkan kalimat itu, hingga ringanlah beban pikulan mereka. Sejak saat itu mereka mengucapkan kalimat  Subhanallah  tersebut sepanjang zamannya sampai kemudian Allah menciptakan Nabi Adam a.s.

Ketika Allah ciptakan Adam, Adam tiba-tiba bersin. Allah mengilhamkan kepadanya agar mengucapkan Alhamdulillah, dan Adam pun mengucapkannya. Selepas Adam mengucapkan kalimat tersebut, Allah kemudian menjawabnya dengan kalimat, “Yarhamukallah, semoga Allah menyayangimu. Dan, dengan rahmat serta kasih sayang sajalah maka aku menciptakanmu.” Para malaikat kemudian berkata, “Ini adalah kalimat yang sangat agung, karena itu ia tidak layak untuk dilalaikan.” Mereka pun kemudian menggabungkan kalimat ini dengan kalimat sebelumnya, sehingga mereka membacanya menjadi ‘Subhanallah walhamdulillah’. Dan, dengan dua kalimat ini terasa lebih ringan bagi mereka memikul ‘Arsy. Kemudian dua kalimat ini mereka sebut-sebut dalam zikir mereka sampai Allah mengutus Nabi Nuh a.s.

Umat Nabi Nuh adalah umat pertama yang menyembah berhala dan menjadikannya sebagai tuhan. Kemudian, Allah mewahyukan kepada Nuh untuk menyampaikan kepada kaumnya kalimat ‘Laa ilaaha illallah, tiada Rabb selain Allah’. Nuh pun dengan penuh taat menyampaikan kalimat tersebut kepada kaumnya. Mendengar kalimat ini para malaikat merasa sangat berbahagia. Mereka kemudian menggabungkan kalimat terakhir ini dengan dua kalimat sebelumnya, sehingga mereka membaca sepanjang waktu kalimat-kalimat ‘Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah’ sampailah kemudian Allah mengutus Nabi Ibrahim a.s.
Ketika Allah mengutus Nabi Ibrahim dan memerintahkannya untuk berkorban dan menyembelih seekor domba sebagai ganti dari putranya Ismail, seketika itu dia berkata ‘Allahu akbar’ sebagai ungkapan rasa senang dan gembira. Para malaikat pun berkata, “Sungguh indah kalimat yang keempat ini.” Dan, mereka pun menggabungkan kalimat ini dengan tiga kalimat sebelumnya, sehingga mereka membaca sepanjang zaman kalimat-kalimat ‘Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallaahu akbar’.

Ketika riwayat ini disampaikan oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w., dengan nada takjub Nabi berkata ‘Laa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘azhim. Mendengar kalimat tersebut kemudian malaikat Jibril menggabungkan kalimat terakhir ini dengan empat kalimat sebelumnya sehingga menjadi:
“Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallaahu akbar walaa haula walaa quwwata illaa billahi ‘aliyyil ‘azhim”


Saturday 23 April 2011

Dari Gereja ke Masjid


| Ust Mohd Farhan Abdullah | Mengapa aku pilih Masjid dan tinggalkan Gereja |
| Masjid Sg Gulang-Gulang | 8.01MB | Download mp3 |

Kuliah Magrib Tafsir Al Quran

Kuliah Magrib Ust Murad Osman Al Hafiz | Tafsir Al Quran | Surah A-Li Imran : Ayat 195-200 | Masjid Lama Sg Gulang-Gulang |


|Ust Murad Osman Al Hafiz | A-li Imran (195-200) |9.54MB | 13 J'awal 1432H|
| Masjid Lama Sg Gulang-Gulang |  Download mp3 |

Mengingati Allah, Bersyukur ...

Kewajipan Mengingati Allah ...

 

Mengingati Allah selalu akan menghilangkan rasa cemas, ragu-ragu dan tidak percaya diri. Mengingati Allah dapat melindungi hati dari kesesatan. Mengingati Allah merupakan ubat yang mujarab, makanan yang diberkati, ubat yang bermanfaat dan makanan yang baik.

Dengan mengingati Allah bererti mengesakanNya dari sekutu-sekutuNya, menjadikan orang-orang yang ditimpa musibah menjadi sabar, dan menyejukkan hati mereka yang gundah gulana. Mengingati Allah dapat memberikan ketenteraman pada saat-saat yang menggoncangkan dan pada saat-saat terjadinya fitnah. 
Allah telah menyuruh hamba-Nya agar selalu mengingati-Nya dan bersyukur kepada-Nya. Allah subhanahu wa ta`ala telah mengkhabarkan segala makhluk telah bertasbih kepada-Nya dan mereka semua tunduk patuh kepada-Nya. Allah subhanahu wa ta`ala berfirman:
"Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." ( al-Israa', ayat 44)
"Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah."  (surah al-Ahzaab, ayat 35)
"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabbmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam Penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Rabbmu ketika kamu bangun berdiri, dan bertasbihlah kepada-Nya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar).  ( at-Tuur, ayat 48-49)
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah bersabda mengenai anjuran untuk mengingat dan bertasbih kepada Allah:
"Perumpamaan bagi orang yang mengingati Rabbnya dan orang-orang yang tidak mengingat adalah seperti orang hidup dan orang yang mati."  (sahih Bukhari wa Muslim)
"Perkataan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa Lailaha illallah, Wallahu Akbar lebih aku sukai daripada terbitnya matahari."  (hadith riwayat Abu Hurairah)
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda kepada salah seorang sahabatnya yang bermaksud:
"Mahukah kamu akau tunjukkan tentang perkataan yang berasal dari gudang syurga, iaitu kamu berkata: La haula wa laa quwwata illa billah."  (sahih Bukhari wa Muslim)
Orang yang suka mengingati Allah, dialah yang paling bahagia. Dialah yang paling banyak bertasbih, bertakbir, bertahmid dan bertahlil. Sesiapa yang menyibukkan diri dengan mengingati Allah maka Allah akan menjadikan hati orang tersebut hanya sibuk dengan ketaatan kepada-Nya. Dan sesiapa yang menyibukkan diri dengan perkara selain Allah maka Allah akan membuat orang tersebut menjadi sibuk dengan dirinya sendiri dan memenuhi hatinya dengan kesibukan serta mengekalkan kefakirannya dan menyia-nyiakan umurnya. Allah juga akan membuat orang tersebut kesukaran untuk mencapai apa yang diingininya dan Allah akan menutup pintu kebaikan dan pintu rahmat kepada orang tersebut.
Oleh kerana itu, sebaiknya kita selalu ingat kepada Allah. Ini disebabkan kerana Allah adalah pemilik nikmat, kebaikan dan keutamaan. Allah subhanahu wa ta`ala adalah Zat yang paling berhak untuk disembah, ditaati, diingati dan disyukuri. Allah Maha Agung dan Maha Tinggi.

petikan dari buku Al-`Azhamah: KEAGUNGAN - Kebesaran Ilahi Pada Tiap Sesuatu karangan Dr `Aidh Abdullah Al-Qarni

Kelebihan Al Quran

Riwayat Renungan
Diriwayatkan, bila sesorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumian, berdiri seorang lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Ketika mayat dikafan, lelaki itu berada di antara kain kafan dan si mati.

Selepas pengebumian , semua orang pulang ke rumah, maka datanglah 2 malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri dari hal ketaatanya kepada ALLAH. Tetapi lelaki kacak itu berkata :

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takan meninggalkannya seorang diri walau apapun. Jika kamu diperintah untuk menyoalnya, maka lakukanlah tugasmu. Aku tidak akan meninggalkansehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga"

Selepas itu ia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata : "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbangselepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih."

Selepas soal siasat selepasi, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'La (malaikat dalam syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Di hari pengadilan, di hadapan ALLAH tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat." 

"dan mereka berkata : "SEGALA PUJI BAGI ALLAH yang telah menunjukki kami kepada (Syurga) ini, dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau ALLAH tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul  Rabb kami, membawa kebenaran." dan diserukan kepada mereka : "Itulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan."

adaptasi dari buku : jangan takut mayat | ustazdin 


Zaman umat Nabi Muhammad

Zaman umat Nabi Muhammad SAW


Jangkamasa dalam sejarah ditanda mengikut Nabi-Nabi yang diutuskan; dan apabila Nabi terakhir diutuskan maka ini bermakna sejarah sudah sampai ke peringkat terakhir.

Fasa inilah yang begitu penting bagi makhluk yang bernama Iblis.

Ini kerana Iblis sudah berjanji sejak awal penciptaan manusia lagi bahawa dia akan membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan muka bumi dan berbunuh-bunuhan antara satu sama lain.

Menurut hadis Nabi, zaman umat Nabi Muhammad saw dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian (Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya kerajaan menggigit ( Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Setelah itu kerajaan menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian (Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah)

Kemudian Nabi diam; "

(Hadis Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah)

Mengikut Rasulullah saw; fasa pertama adalah pada zaman Nabi masih hidup, zaman ini telahpun berlalu, kemudian zaman pemerintahan yang mengikut cara pemerintahan kenabian, kita dapati umat Islam diperintah oleh 4 khulafaa ar Rasyidin, inipun telah berlalu, kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang 'menggigit' yakni yang menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Ummayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyah yang berkuasa menggunakan sistem monarki, zaman inipun telah berlalu.

Kemudian datang pula satu zaman dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Inilah fasa atau zaman yang sekarang ini. Kemudian setelah berlaku fasa ke empat akan datang pula fasa ke lima. Dalam fasa ke lima, dunia akan diperintah sebagaimana cara Nabi mengikut syari'at Islam. setelah selesai menceritakan hal itu tiba-tiba Rasulullah saw diam dan diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat.

Rasulullah saw telah mengingatkan bahawa hidup dalam fasa ke empat akan kedatangan satu fitnah yakni fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah fitnah al-Masih ad-Dajjal.

Dajjal tidak akan datang pada fasa ke lima, fasa ini kekuasaan telah berada di tangan orang-orang yang beriman. Dajjal tidak akan muncul selepas fasa ke lima kerana masa sejarah ketamadunan manusia telahpun tamat.

Pada fasa ke empat itulah IBLIS akan mengumpulkan dan menyesatkan seberapa ramai (seramai mungkin) manusia untuk mengikutnya ke neraka dan dalam fasa ke 4 inilah kita berada sekarang ini.

Sebelum turunya nabi 'Isa akan turun Imam Mahadi yang akan membawa kita ke fasa ke 5 seterusnya mengakhiri ketamadunan manusia dan berusaha mengalahkan Iblis pada peringkat akhir zaman manusia.


Friday 22 April 2011

Laman Blog dilancarkan

Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang dilancarkan

Bismillah, Alhamdulillah, Sallallahu Alaihis Wassalam akhirnya laman blog Masjid Sg Gulang-Gulang, lahir pada 22 April 2011 bersamaan 18 J'awal 1432H sempena kedatangan tokoh pendakwah terkenal dari Negeri Sabah di bawah Bayu bekas Pastor Yohanes ke masjid ini @ lebih dikenali  sebagai Ustaz Haji Mohammad Farhan Abdullah Al Hafiz. Setelah perbincanagan ringkas dengan Setiausaha masjid dan dengan persetujuannya maka lahirlah laman blog sebagaimana anda tatap ketika ini. 


Antara matlamat utama laman blog ini dibangunkan ialah untuk memenuhi tuntutan agama islam yang suci lagi tinggi selari dengan peredaran zaman sebagai satu medium untuk berdawah di alam siber tanpa sempadan. Seterusnya laman ini juga berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan aktiviti masjid kepada ahli kariah. Semuga usaha yang kecil ini memberi manfaat kepada masyarakat islam setempat dan mudah-mudahan ia memperoleh redho dari Allah Rabb seru sekelian alam.... Amin


Sebagai batu asas Laman Blog Masjid Sg Gulang Gulang di sni admin menyertakan sebuah audio file yang admin namakan sebagai "Audio ceramah buah tangan dari Ust Mohd Farhan", kepada pengunjung blog ini admin ingin memohon maaf kerana mutu audio kurang memuaskan. Sila klik pada butang play untuk mendengar secara online. Jika talian internet anda perlahan sila download (muat turun file) dengan mengklik Download mp3 . Selamat mendengar insyaallah bermanfaat.


| Ust Mohd Farhan Abdullah | Mengapa aku pilih Masjid dan tinggalkan Gereja |
| Masjid Sg Gulang-Gulang | 8.01MB | Download mp3 |


Sempena kunjungan Ust Mohd Farhan ke masjid ini beliau telah menyampaikan tazkirah sebelum solat jumaat, seterusya menyampaikan khutbah jumaat.

Sekitar jam 3.30 ptg Ust Mohd Farhan telah menyampaikan satu ceramah - lebih kepada berkongsi pengalaman bagaimana beliau mendapat hidayah islam dan ujian-ujian yang beliau terima di awal kembalinya beliau kepada islam.


Akhirnya jika ada sebarang cadangan untuk memperbaikki laman blog ini sila emelkan ke : masjidsgg@gmail.com