<< Assalamualaikum, Selamat Berkunjung Ke Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang >> << Semoga anda beroleh sesuatu dari laman ini, InsyaAllah >>

short page

Saturday 21 May 2011

dari Allah kita datang

INALILLAHI WAINAILAIHI ROJIUN
Hari ini 21 Mei 2011 bersamaan 17 J'akhir 1432H Cikgu Rosdi Ismail telah menghembuskan nafas terakhir di HKL setelah menerima rawatan hampir seminggu kerana terlibat dengan kemalangan pada minggu lepas. Arwah adalah menantu kepada Tn Hj. Chamsari Kasman imam Masjid Sg. Gulang Gulang. Pegawai dan AJK  Masjid Sg Gulang Gulang merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga semuga ahli keluaga diberi kekuatan, kesabaran dan redho dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.
Kepada  saudara mara dan rakan taulan marilah kita hadiahkan Al-Fatehah kepada arwah semuga arwah ditempatkan bersama orang orang yang soleh. Amin.




Pada sebelah malam keluarga arwah telah mengadakan majlis tahlil selama tiga malam selepas solat isyak. Apa yang menarik  mungkin ini kali pertama diadakan di Kampong Sg Gulang-Gulang  "Tazkirah ringkas" sebelum bermulanya majlis tahlil untuk arwah. Pada pendapat admin ini merupakan kesempatan yang terbaik untuk mengingatkan diri sendiri dan renungan  juga muhasabah kepada kita yang masih hidup bahawa kehidupan itu adalah perjalan kepada sebuah kematian.  


Memetik kata-kata dari Dr Hamka " kematian adalah permulaan kepada hidup yang sebenar" Seterusnya Nabi SAW berpesan " Orang yang cerdik adalah orang yang selalu mengingat kepada mati dan membuat persediaan dengan mencari bekal mengerjakan amal soleh yang sebanyak-banyaknya".


Mudah-mudahan "Tazkirah ringkas" sebelum majlis tahlil untuk arwah  yang telah dirintis oleh Tuan Imam Hj Chamsari Kasman  menjadi ikutan dan akhirnya menjadi tradisi di Kg Sg Gulang-Gulang, menjadi satu media / strategi untuk melembutkan hati kita yang masih keras yang mengingatkan kita hanya pengembara sebelum kembali ke perkampungan akhirat. Mungkin inilah hikmah yang ingin disampaikan kepada penduduk kampung Sg. Gulang Gulang diatas kepergian menantu Tn. Hj Chamsari - Allahyarham Cikgu Rosdi Ismail.


Wallahuaklam.


No comments:

Post a Comment