<< Assalamualaikum, Selamat Berkunjung Ke Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang >> << Semoga anda beroleh sesuatu dari laman ini, InsyaAllah >>

short page

Wednesday 17 August 2011

Tabung Anak Yatim

Slide Sumbangan Tabung Anak Yatim

Penyampaian Sumbangan Anak Yatim
Antara acara tahunan  JKM Sg Gulang Gulang dalam rangka untuk menggembirakan hati anak-anak yatim di bulan yang penuh barokah ini adalah penyampaian bantuan sempena Eidul Fitri 1432H.
Majlis bermula pada pukul 5.30 petang dengan taklimat ringkas oleh Tuan Setiausaha Masjid : Tn Hj Kamarudin Kemis.  Sejumlah 39 anak yatim dengan ditemani oleh waris hadir pada majlis tersebut.
mendengar taklimat daripada  Setiausaha Masjid

tazkirah .... Ust Supian .... Unisel

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, penjaga, waris serta anak-anak yatim dan JKM telah dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ust Supian dari Unisel. Tazkirah berakhir sekitar jam 7.00 petang.
antara penerima sumbangan

Majlis penyampaian sumbangan Tabung Anak Yatim telah disempurnakan oleh Ketua Kampong Sg Gulang Gulang Tn. Hj. Maskuri bin Hj. Mardzuki. Majlis petang itu diakhiri dengan majlis berbuka puasa serta solat maghrib berjemaah.
berbuka di masjid ...

No comments:

Post a Comment