Slide : Tahlil Akbar Masjid Sg Gulang Gulang
Sabda Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud :
"Tidak berkumpul suatu kaum di salah satu rumah daripada rumah-rumah Allah lalu membaca Al-Quran dan membaca kepada satu dengan yang lain melainkan diturunkan sakinah keatas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah SWT menyebut-nyebut nama mereka di perkumpulan malaikat" (H.R. Muslim dan Abu Daud)
Sambutan Tahlil Akbar bermula dengan penyediaan makanan oleh JKKK dan JKM istilah di sini lebih dikenali sebagai "rewang" Itulah semangat ukhwah tradisi lama yang ditinggalkan oleh generasi embah-embah kita - khusus di dalam komuniti jawa. Seekor lembu dan dua ekor kambing menanti jemaah untuk jamuan selepas program Tahlil akhbar.
Tuan Nazir Masjid selaku pengerusi majlis merakamkan ucapan "Jazakallah Khairan Khatira" kepada JKK dan JKM, Semua penyumbang, orang peseorangan dan tidak ketinggalan "krew rewang" atas sumbangan dana, tenaga dan masa di dalam menjayakan program kali ini.
Sabda Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud :
"Tidak berkumpul suatu kaum di salah satu rumah daripada rumah-rumah Allah lalu membaca Al-Quran dan membaca kepada satu dengan yang lain melainkan diturunkan sakinah keatas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah SWT menyebut-nyebut nama mereka di perkumpulan malaikat" (H.R. Muslim dan Abu Daud)
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Khamis 28 Julai 2011 bersamaan 26 Sya'ban 1432H: Program Tahlil Akbar musim ke 2 yang dianjurkan bersama oleh JKKK dan JK Masjid Kampong Sungai Gulang Gulang berlangsung dengan jayanya. Antara lain tujuan program ini diadakan ialah untuk mengirim bacaan tahlil dan doa untuk arwah-arwah yang telah lebih dahulu meninggalkan kita sempena kedatangan bulan mulia Ramadhan Al Mubarak. Hasil dana yang diperolehi dari penganjuran program ini akan digunakan sepenuhnya untuk program Pengimarahan Masjid. Sambutan dan respon dari ahli kariah pada program kali ini amat menggalakkan di mana sehingga saat akhir (petang khamis) urusetia masih menerima borang penyertaan serta sumbangan dana dari peserta program.
tradisi rewang masih kekal ... |
Sila klik pada foto untuk imej yang lebih besar
seekor rusa dan dua ekor kambing disediakan menanti jemaah |
Sambutan Tahlil Akbar bermula dengan penyediaan makanan oleh JKKK dan JKM istilah di sini lebih dikenali sebagai "rewang" Itulah semangat ukhwah tradisi lama yang ditinggalkan oleh generasi embah-embah kita - khusus di dalam komuniti jawa. Seekor lembu dan dua ekor kambing menanti jemaah untuk jamuan selepas program Tahlil akhbar.
Program Tahlil Akbar dimulakan selepas solat maghrib berjemaah. Bacaan tahlil dipimpin oleh Tuan Imam 1: Ustaz Mohd Hamidi bin Asnam Al-hafiz dan Tuan Imam 3: Tn. Hj. Masri bin Ismail. Istimewa program tahlil pada ini nama-nama arwah dipancarkan terus pada layar lcd untuk tatapan jemaah yang hadir.
Aturcara Majlis
7.30 malam - Solat Maghrib berjemaah
8.00 malam - Bacaan Tahlil
9.15 malam - Ucapan alu-aluan Tn. Nazir Masjid
- Ucapan Ketua Kampug
- Penyampaian sumbangan Kerajaan Negeri untuk bulan Ramadhan
- Tayangan Multimedia : Blog Masjid
- Solat Isyak
- Jamuan dan bersurai
Video Tahlil Akbar akan diterbitkan kemudian : Admin MSgGG
No comments:
Post a Comment