<< Assalamualaikum, Selamat Berkunjung Ke Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang >> << Semoga anda beroleh sesuatu dari laman ini, InsyaAllah >>

short page

Monday 27 June 2011

Tahlil Akbar

Tahlil Akbar
Salam, telah menjadi tradisi masyarakat jawa di Kampong Sg Gulang-Gulang sering mengadakan majlis Tahlil (Tahlilan) sebelum kedatangan bulan yang penuh baroqah bulan Ramadhan. Pada tahun ini sekali lagi JKKK dan JK Masjid Kampong Sg. Gulang-Gulang telah merancang satu majlis Tahlil Akbar yang bakal diadakan di Masjid Baru Kg. Sg. Gulang-Gulang. Antara lain majlis ini bertujuan untuk menyelaraskan kerana banyaknya acara tahlil  diadakan oleh penduduk / ahli kariah. Kedua memberi peluang kepada waris, ahli kariah yang tidak berkesempatan yang duduk jauh dari kampong halaman untuk mengadakan majlis tahlil dengan cara mewakilkan kepada Jawatan Kuasa Majlis Tahlil Akbar. Selain itu dana penyertaan dari Program Tahlil Akbar ini akan digunakan untuk mengisi program-program masjid. Tarikh tutup penyertaan 25 Julai 2011.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua muslimin dan muslimat. Bayaran bagi setiap nama arwah sebanyak RM 30.00 sahaja. Penyertaan tidak terhad.

Borang boleh didapati dari AJK Masjid. Borang yang telah diisi beserta bayaran boleh diserahkan kepada Tn. Hj. Suhaimi bin Amnan (019-6322096) atau En. Nizam bin Maarof (019-6179357) atau Tn. Hj. Mukhid bin Gandik (019-2104383).

Semoga niat dan hajat tuan/puan diperkenankan Allah SWT InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment