<< Assalamualaikum, Selamat Berkunjung Ke Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang >> << Semoga anda beroleh sesuatu dari laman ini, InsyaAllah >>

short page

Friday 22 April 2011

Laman Blog dilancarkan

Laman Blog Masjid Sg Gulang-Gulang dilancarkan

Bismillah, Alhamdulillah, Sallallahu Alaihis Wassalam akhirnya laman blog Masjid Sg Gulang-Gulang, lahir pada 22 April 2011 bersamaan 18 J'awal 1432H sempena kedatangan tokoh pendakwah terkenal dari Negeri Sabah di bawah Bayu bekas Pastor Yohanes ke masjid ini @ lebih dikenali  sebagai Ustaz Haji Mohammad Farhan Abdullah Al Hafiz. Setelah perbincanagan ringkas dengan Setiausaha masjid dan dengan persetujuannya maka lahirlah laman blog sebagaimana anda tatap ketika ini. 


Antara matlamat utama laman blog ini dibangunkan ialah untuk memenuhi tuntutan agama islam yang suci lagi tinggi selari dengan peredaran zaman sebagai satu medium untuk berdawah di alam siber tanpa sempadan. Seterusnya laman ini juga berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan aktiviti masjid kepada ahli kariah. Semuga usaha yang kecil ini memberi manfaat kepada masyarakat islam setempat dan mudah-mudahan ia memperoleh redho dari Allah Rabb seru sekelian alam.... Amin


Sebagai batu asas Laman Blog Masjid Sg Gulang Gulang di sni admin menyertakan sebuah audio file yang admin namakan sebagai "Audio ceramah buah tangan dari Ust Mohd Farhan", kepada pengunjung blog ini admin ingin memohon maaf kerana mutu audio kurang memuaskan. Sila klik pada butang play untuk mendengar secara online. Jika talian internet anda perlahan sila download (muat turun file) dengan mengklik Download mp3 . Selamat mendengar insyaallah bermanfaat.


| Ust Mohd Farhan Abdullah | Mengapa aku pilih Masjid dan tinggalkan Gereja |
| Masjid Sg Gulang-Gulang | 8.01MB | Download mp3 |


Sempena kunjungan Ust Mohd Farhan ke masjid ini beliau telah menyampaikan tazkirah sebelum solat jumaat, seterusya menyampaikan khutbah jumaat.

Sekitar jam 3.30 ptg Ust Mohd Farhan telah menyampaikan satu ceramah - lebih kepada berkongsi pengalaman bagaimana beliau mendapat hidayah islam dan ujian-ujian yang beliau terima di awal kembalinya beliau kepada islam.


Akhirnya jika ada sebarang cadangan untuk memperbaikki laman blog ini sila emelkan ke : masjidsgg@gmail.com

No comments:

Post a Comment